Thursday, 13 April 2017

Bermain adalah Fitrah anak-anak



Anak-anak memang fitrahnya mahu bermain. Ada yang bermain dengan senyap dan berimiginasi, ada yang bermain sambil gelak ketawa dan jerit-menjerit. Ada yang duduk diam bermain patung, ada yang berguling dan panjat-memanjat. There is no stopping children from playing. FACT.

Itu hakikatnya. Kalau disekat-sekat anak-anak bermain, seumpama kita menyekat kebolehan semulajadi mereka.

It's almost as if when I (an adult) stop YOU (another adult) from eating. Asal nak makan je saya kata jangan. Nak makan je saya tak bagi. Padahal anda sangat lapar.

Aksi yang terlampau kan? Kalau dalam bahasa matsalleh-- inhumane. Orang lapar ni, ada pula disekat-sekat.

Jadi, apa yang menjadi persoalan yang sangat penting bagi saya ialah, bagaimana kita boleh (tanpa rasa bersalah) menghantar anak-anak kita ke sesuatu tempat yang menyekat mereka bermain. Walhal bermain adalah fitrah mereka. Sama seperti makan dan tidur bagi anak-anak kecil. Mana boleh disekat-sekat. Melampaulah kalau disekat-sekat.

Siapa kata anak yang suka bermain nakal dan tak boleh didisiplinkan? Siapa kata anak yang suka bermain nanti tak pandai? Siapa kata anak yang suka bermain nanti tak dengar cakap?

Siapa kata?

Kalau nak ikut orang kata, ikut kata AP Dr. Mastura Badzis. Dia kata kurangnya bermain ada perkaitan yang tinggi dengan peningkatan isu anxiety, depression, and sense of helplessness (buntu) among children and adolescents (remaja) (Gray,2013).

Kalau nak ikut orang kata, ikut kata Kementerian Kesihatan Malaysia. Diorang kata anak-anak bawah 9 tahun yang mempunyai mental health issues menunjukkan peratus yang tinggi berbanding anak-anak 10 tahun ke atas (😱😱 horror-nya! What are we doing to our children? 😭).

Kalau nak ikut kata orang, ikut kata Imam Al Ghazali-- If you do not allow children to play, you will kill their soul. Kalau kita tak benarkan anak-anak bermain, kita akan membunuh jiwa mereka (Petikan dari Ihya' Ulumuddin).

Kalau nak ikut orang kata, Teacher Najmi kata-- Bagilah anak-anak bermain kerana bermain itu fitrah mereka. Bila fitrah anak-anak dipenuhi, mereka akan rasa selamat dan gembira. Bila mereka rasa selamat dan gembira, mereka akan lebih senang nak belajar apa-apa. Kalau anak-anak disekat dari bermain, mereka akan rasa tidak selamat (takut kena marah dengan cikgu, susah hati sebab Mak Ayah takde depan mata) dan tak gembira. Bila ini berlaku, nak belajar pun susah. Walhal, kalau dia bermain, belajar terjadi secara spontan dan konsisten!

Carilah tempat-tempat yang benar-benar laksanakan bermain 100% dengan cara yang betul. Bermain tak salah. Yang salahnya cara perlaksanaan bermain tu.

Jangan salah faham ya. Bukan senang-senang ya kita nak adakan sekolah bermain atau play-based learning. Research perlu ada, ilmu haruslah ada. Kalau tempat tu kata dia laksanakan bermain sambil belajar tapi dia bagi workbook, ada homework book kena buat kat rumah, ada expectations itu ini dari staff sekolah, hari-hari cikgu mengajar guna papan tulis, anak-anak kena duduk atas kerusi 90% of the time-- cancel je lah niat nak pergi tempat tu. SCAM je tu.

Anak-anak anda semua bukan untuk scammers.

Anak-anak anda layak dapat apa yang fitrah mereka perlukan.

You and your child deserve better, quality play, and quality time.

Paling best, bermain adalah untuk SEMUA anak-anak. Cara bermain mungkin berbeza. Perlu ada sedikir adaptasi, tapi bermain adalah untuk semua, tidak kira bangsa, agama, mahupun kelebihan atau keupayaan.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
For quality play experience, you can whatsApp me at +601120909620
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Love,
Teacher Najmi 💐


P/S: Bermain bina perkembangan minda. Bermain bina keyakinan diri. Bermain bantu dalam membentuk sahsiah diri dan kendiri. Hebatkan bermain untuk anak-anak ni?


#teachernajmilovesyou
#hariharibermain
#earlymorningthoughts
#championingchildhood
#letthemplay